Ekonomi Kepulauan Falkland

Sebelum Perang Falkland, ekonomi utama kepualauan ini ialah penternakan biri-biri. Rakyatnya terpaksa bergantung kepada 24 ladang kambing biri-biri besar yang beroperasi disini.

Tetapi selepas perang tersebut kerajaan British mula sedar tentang kepentingan pulau ini. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk menunjukkan komitmen mereka kepada rakyat disini, mereka telah menyalurkan bantuan kewangan kepada jajahan yang miskin ini. Kini negara ini boleh berbangga dengan pendapatan per kapita 25,000 paun, lebih tinggi dari negara Amerika Latin yang lain dan hampir sama sengan Amerika Syarikat. Di samping itu, pengangguran tidak wujud di kepulauan ini.

Antara aktiviti yang penting ialah penternakan ikan yang menyumbang hampir separuh KDNK di sini. Empat tahun selepas peperangan tamat, satu sumber ekonomi lumayan telah diperkenalkan iaitu penangkapan sotong, suatu komoditi yang mempunyai permintaan tinggi di Jepun serta Sepanyol. Selain itu, terdapat ura-ura penemuan petroleum di persisiran pantainya. Sekiranya ia benar, pulau ini yang hanya mempunyai penduduk seramai 3,000 orang akan menjadi sebuah pulau yang kaya.

Sistem pencen bagi penduduk pulau ini sepenuhnya disumbang oleh peruntukan 80 juta paun sterling. Bandar utama di Stanley mempunyai sekolah menengah bercorak baru dan kerajaan telah membayar sejumlah kos dari pelbagai sumber kepada pelajar - pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian tingginya.

Sekiranya penduduk pulau berkenaan memerlukan rawatan perubatan yang terdapat di pusat perubatan tempatan, mereka boleh mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan perubatan swasta yang terbaik di Chile atau Perkhidmatan Kemudahan Kesihatan di Britain yang tertakluk kepada senarai menunggu yang disediakan.

Rujukan

WikiPedia: Kepulauan Falkland http://www.cema.edu.ar/ceieg/arg-rree/historia_ind... http://www.cancilleria.gov.ar/portal/seree/malvina... http://www.austlii.com/au/journals/AUYrBkIntLaw//1... http://www.wordreference.com/es/translation.asp?tr... http://www.falklands.gov.fk/location.php http://www.falklands.gov.fk/news-2007.php http://web.archive.org/web/20080419000531/http://w... http://www.falklandshistory.org/gettingitright.pdf http://www.falklandshistory.org/spanish4.pdf http://www.fco.gov.uk/en/about-the-fco/country-pro...